Showing posts with label info sukan. Show all posts
Showing posts with label info sukan. Show all posts

Sunday, April 23, 2017

(VIDEO) Biadap! Rancangan TV3 'Sukan Tak Sentral' Hina Nama Watson Nyambek Seperti Binatang.

Bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek berang dan kecewa dengan tindakan stesen televisyen TV3 yang menghina nama mendiang bapanya dalam satu rancangan komedi ‘Sukan Tak Sentral’ yang disiarkan malam tadi.


Watson yang juga bekas pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter, berang apabila stesen televisyen itu menyamai bapanya yang meninggal dunia tiga tahun lalu dengan binatang.

“Saya ada menonton episod itu dan berasa tersinggung dan kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya kepada Bernama hari ini.

Watson berkata, sepanjang karier sebagai ahli sukan sehingga sekarang tidak pernah mana-mana media membuat penghinaan terlalu peribadi terhadapnya khususnya melibatkan mendiang bapanya.

Video berdurasi 13 saat ini telah menjadi viral dan turut menimbulkan kemarahan netizen.

“Saya tidak tahu motif sebenar stesen televisyen tersebut tapi ini satu penghinaan kepada bapa saya,” katanya sambil menambah stesen televisyen sepatutnya peka dengan sensitiviti masyarakat dan individu terutama sekali yang telah meninggal dunia.

Watson berkata, tindakan tersebut amat jelas tidak menghormati sensitiviti keluarga serta saudara-mara mendiang bapanya.

Beliau turut menggunakan laman Facebooknya untuk meluahkan rasa tidak puas hati kepada stesen TV3 itu.

"Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat,nasib kita macam tu,tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan.” tulisnya dalam Facebooknya.


Luahan Watson mendapat reaksi serta perkongsian ratusan netizen yang mahu Watson menyaman stesen televisyen berkenaan serta mengutuk tindakan rancangan tersebut yang menghina individu yang telah meninggal dunia.

Watson yang memegang rekod kebangsaan 100m iaitu 10.30 saat selama 18 tahun sebelum dipecahkan Khairul Hafiz Jantan yang melakukan 10.18s pada Sukma Sarawak tahun lepas, diisytiharkan muflis selepas gagal membayar balik pinjaman bank yang digunakan untuk menanggung kos perubatan bapanya yang menderita barah telinga.

Bagaimanapun, beliau dibebaskan daripada status muflis selepas kerajaan Sarawak membayar balik tunggakkan pinjaman sebanyak RM80,000 itu. - BERNAMA

Klik video dibawah:

Thursday, September 29, 2016

Penjaga Gol Antarabangsa Mauritius Ditangkap Selepas Polis Menemui Heroin Dirumahnya.

Penjaga gol antarabangsa Mauritius, Joseph Kinsley Steward Leopold yang merupakan sebahagian daripada pasukan negara yang bermain di Piala Afrika telah ditangkap oleh Polis Anti-Dadah Mauritius selepas mereka menemui 22 dos heroin, pisau cukur, skala dan bahan yang digunakan untuk membungkus dadah dalam rumahnya di Port Louis.


Menurut BBC, polis telah mengintip Leopold, 27, beberapa hari sebelum mengumpul laporan perisikan yang mencukupi untuk menahannya. Sewaktu dia ditahan, beberapa individu dalam rumahnya cuba untuk menghentikan polis daripada menangkap pemain tersebut tetapi dia kini didalam tahan dan akan didakwa atas pengedaran dadah.
Leopold adalah penjaga gol pasukan Mauritius Professional Football League yang menjuarai ASPL 2000 dengan memenangi Piala Sumbangsih pada sabtu lalu di Rodrigues Island dimana mereka menewaskan Pamplemousses SC 1-0.

| SBP

Saturday, September 17, 2016

Harimau Malaysia Dapat Logo Baharu.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memperkenalkan secara rasmi logo baharu Harimau Malaysia, rekaan Muhammad Amzar Mohamed, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.
Logo rekaan pelajar berusia 22 tahun itu diperkenalkan kepada umum sebelum sepak mula Perlawanan Amal Hari Malaysia 2016 antara pasukan Dugong All Stars menentang Pilihan Harimau Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban.

Logo tersebut mendapat undian tertinggi dalam undian awam yang dibuat secara dalam talian selama 13 hari bermula pada 22 Mac hingga 3 April lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan FAM, rekaan Muhammad Amzar antara lima logo terbaik dipilih panel penilai profesional pada 8 Mac 2016 daripada 2,000 penyertaan diterima sepanjang peraduan mencipta logo Harimau Malaysia.

Serentak dengan itu, lagu rasmi Harimau Malaysia yang berjudul “Launglah” turut diperdengarkan secara rasmi kepada umum.
Pada 2 Februari lalu, Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengumumkan nama Harimau Malaysia sebagai gelaran rasmi baharu skuad bola sepak kebangsaan berkuat kuasa serta merta.

Antara tujuan penjenamaan pasukan kebangsaan kepada Harimau Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa pasukan kebangsaan adalah milik semua peminat bola sepak Malaysia dan ini terbukti melalui proses penghasilan logo secara crowdsource ini.

Logo baharu ini juga diterjemahkan dalam bentuk produk Official Supporters Merchandise yang boleh dibeli dilaman web rasmi www.harimaumalaysia.my yang bermula pada Jumaat kelmarin.

Produk-produk ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peminat untuk menzahirkan sokongan mereka terhadap skuad bola sepak kebangsaan dengan memiliki barangan berkualiti dan rasmi keluaran Harimau Malaysia dengan harga mampu milik.

Sumber: mStar | Sentiasabikinpanas

Thursday, September 15, 2016

Jaguhan Paralimpik Negara Dijemput Beri Ceramah.

Pemenang pingat emas pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro akan diundang sebagai penceramah pada program bimbingan usahawan Bahtera 2016 edisi utara di Sungai Petani, Kedah pada 8 dan 9 Oktober ini.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata cabaran yang diharungi atlet paralimpik negara sehingga mampu membawa pulang pingat emas patut dikongsi sebagai inspirasi.


"Kita akan cuba mendapatkan atlet paralimpik negara untuk berkongsi pengalaman bersama lebih 5,000 peserta yang dijangka hadir pada Bahtera 2016 edisi utara nanti," katanya kepada pemberita selepas prapelancaran Bahtera 2016 edisi utara di Kementerian Kewangan di sini pada Rabu.

Malaysia meraih pingat emas pertama di Paralimpik Rio melalui pelari pecut Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi menerusi acara 100m T36 (cerebral palsy), diikuti kejayaan Muhammad Ziyad Zolkefli yang mencipta rekod dunia acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran) dengan jarak balingan 16.84m, pada Sabtu.

Pada hari Ahad, Abdul Latif Romly meneruskan aksi cemerlang negara dengan memenangi emas selepas memecahkan rekod dunia dalam kategori acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) dengan jarak lompatan 7.60m.
Mohd Irwan Serigar berkata Bahtera merupakan platform yang bukan sahaja menggalakkan masyarakat Bumiputera memulakan perniagaan tetapi menengahkan cara baharu, model perniagaan baharu, penggunaan teknologi berkesan dan penyertaan dalam bidang ekonomi baharu.

Penceramah lain pada Bahtera 2016 edisi utara nanti ialah Hafiz Hamidun iaitu peserta program Imam Muda yang kini menjadi usahawan dan pemilik francais mikro Roti Bakaq Teloq Meleleh yang berjaya memiliki 200 francais dalam masa lapan bulan.

Bahtera 2016 edisi utara merupakan susulan kepada program Bahtera yang diadakan di Kuala Lumpur pada Ogos 2015.

Bahtera merupakan inisiatif Kementerian Kewangan melalui pejabat Pembangunan Keusahawanan Nasional. Antara pengisian Bahtera 2016 edisi utara ialah bual bicara, bimbingan usahawan, ilmiah dan peluang, pitching dan pameran. 

Sumber: BERNAMA | Sentiasabikinpanas

Sunday, August 21, 2016

Abang DLCW ~ Hanya Tuhan Tahu Pengorbanan Beliau.

PETALING JAYA: Abang kepada Datuk Lee Chong Wei berkata, hanya tuhan yang tahu pengorbanan jaguh badminton negara itu untuk menamatkan kemarau pingat emas negara di temasya Sukan Olimpik.

Lee Chong Hoon turut menangis selepas menyaksikan adik kesayangannya tewas kepada lawan dari China, Chen Long dalam aksi final di Rio de Janeiro semalam.

“Untuk mengatakan ia sedih adalah kurang benar, hanya tuhan yang tahu berapa banyak Chong Wei sudah korbankan untuk sampai ke tahap ini,” kata abang sulung atlet itu yang dipetik Malay Mail Online, selepas menyaksikan aksi final itu di sebuah restoran di Sri Hartamas, semalam.


Beliau berkata, walaupun tewas, pemain badminton nombor satu dunia itu tetap adalah juara baginya dan berharap rakyat akan terus menyokong adik bongsunya.

Sementara itu, Oriental Daily memetik Chong Hoon sebagai berkata, selepas tewas di permainan pertama, beliau tidak berapa berani untuk menyaksikan aksi seterusnya.

“Saya benar-benar harap beliau boleh lakukannya, mungkin ini adalah gelaran juara (dalam Olimpik) yang tuhan hutang kepadanya.
“Saya harap beliau janganlah sedih sangat. Memang adat permainan ada menang, kalah dan juara hanya satu. Saya tahu beliau sudah berusaha sedaya upaya,” katanya.

Chong Wei menjadi naib juara buat kali ketiga di pentas final Olimpik, selepas tewas 18-21, 18-21 kepada Chen Long di Riocentro, semalam.

Malaysia mengakhiri misi di Olimpik Rio dengan empat perak dan satu gangsa, termasuk tiga pingat perak dalam acara badminton, satu lagi perak melalui acara terjun dan gangsa menerusi acara berbasikal.

Wednesday, June 8, 2016

Smash Lee Chong Wei, Lebih Pantas Dari Bugatti Veyron EB.

Malaysia, 13 Mei - Smash Datuk Lee Chong Wei telah di iktiraf sebagai pukulan terlaju dunia dengan kepantasan 408km/j, 1km/j lebih laju dari kereta Bugatti Veyron EB 16.4 yang mempunya kelajuan maksimum 407 km/j.

Pukulan itu dibuat oleh Chong Wei ketika menjuarai Kejohanann Terbuka Hong Kong 2015 yang berlangsung di Coliseum Hung Hom ketika itu.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkata, kelajuan pukulan yang dilakukan oleh Chong Wei itu telah direkod dan diukur dengan menggunakan teknologi Hawk Eye yang telah digunapakai dalam beberapa kejohanan utama sejak September tahun lalu.

Rekod itu bagaimanapun diekori rapat oleh rekod yang dipegang oleh bintang Denmark, Jan O Jorgensen yang berjaya mencatat kelajuan 407 km/j pada aksi separuh akhir Terbuka Malaysia 2016 pada April.

Lin Dan pula merekodkan pukulan smash dengan kelajuan 401 km/j.


Bagi kategori wanita pula, pemain dari Thailand, Ratchanok Intanon dinobat memegang rekod pukulan smash paling laju dengan kepantasan 372 km/j.